Sunday, January 9, 2011

KISAH NABI AYUB A.S & KISAH NABI ZULKIFLI A.S

NABI AYUB A.S

Nabi Aybu a.s adalah anak Ish bin Ishak bin Ibrahim a.s. Beliau merupakan seorang yang kaya, memiliki tanah yang luas. Binatang seperti unta, keldai dan sapi. Meski pun demikian beliau tidak pernah melupakan ibadahnya kepada Allah S.W.T den lebih cenderung berbuat kebajikan. Oleh yang demikian pelbagai cara yang digunakan syaitan hingga akhirnya menghancurkan-hancurkan kekayaan Nabi Ayub a.s. Akhirnya Nabi Ayub a.s menderita akibat penyakit demam panas, batuk dan lain-lain sehingga menyebabkan badannya semakin kurus dan wajahnya pucat lesu tidak berdarah. Kulitnya kelihatan berbintik-bintik dan akhirnya beliau dipulaukan oleh masyarakat kampung dan rakan-rakan karibnya. Hanya isterinya sahaja yang setia mendampingi dan merawat Nabi Ayub a.s dengan penuh sabar. Tetapi syaitan terus mengoda isteri Nabi Aybu a.s sehingga pada suatu hari ketika disuruh oleh suaminya ia berbicara kasar sehingga Nabi Aybu a.s berkata :
“Awas kamu saya sudah sembuh dan senang akan saya pukul kamu 100 kali”.
Dengan izin Allah S.W.T, setelah dilaksanakan petunjuk Ilahi itu Nabi Ayub a.s segera sembuh dari penyakitnya itu dan kembali sihat dan lebih kuat daripada sebelum ia menderita. Nabi Ayub a.s telah bersumpah bahawa sesudah sembuh ia akan memukul isterinya 100 kali sewaktu ia mengusirnya namun begitu beliau berasa kasihan untuk bertindak sedemikian apabila terkenangkan kesetiaan isterinya dalam mengharungi segala suka duka dan deritanya. Nabi Aybu a.s bingung untuk melaksanakan sumpah itu atau pun tidak dan akhirnya Allah S.W.T memberi petunjuk kepada Nabi Ayub a.s dengan memukul isterinya itu dengan 100 batang lidi kerana perbuatan isteri Nabi Ayub a.s suatu ketika dahulu itu bukanlah datang dari dirinya sendiri tetapi akibat godaan syaitan yang durjana.
Allah S.W.T telah membalas kesabaran dan keteguhan iman Nabi Ayub a.s bukan saja dengan memulihkan semula kesihatan serta kekuatan fizikilnya sebagaimana zaman mudanya, tetapi Allah S.W.T mengembalikan kebesaran duniawi serta kekayaan harta benda berlipat ganda. Kepadanya juga dikurniaNya putera-puteranya yang telah meninggal. Dia antara anak lelaki beliau ialah Basyar yang digelar sebagai Zulkifli dan diangkat menjadi Nabi. Demikianlah rahmat Tuhan kepada Nabi Aybu a.s yang telah berjaya menempuhi dugaanNya dengan penuh kesabaran, bertawakkal dan keimanan kepada Allah S.W.T.

NABI ZULKIFLI A.S

Nabi Zulkifli a.s merupakan anak kepada Nabi Ayub a.s. Zulkifli adalah gelaran yang diberikan kepadanya manakala nama asal beliau adalah Basyar bin Ayub. Gelaran ini diberiakan kepada beliau kerana sanggup menjalankan amanat raja. Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Ismail, Idris dan Dzulkifli, termasuk orang-orang yang sabar. Kami masukkan
mereka dalam rahmat kami. Sesungguhnya mereka adalah termasuk orang-orang
yang saleh".
(Al Anbiyaa' 85-86)
Pada siang hari Nabi Zulkifli a.s berpuasa dan membahagikan waktunya untuk memerintah kerajaan, melayani umat dan juga beribadah kepada Allah S.W.T terutamanya pada waktu malam.
Nabi Zulkifli a.s merupakan seorang raja yang tidak pernah marah, walau dalam apa jua keadaan yang berlaku sekalipun dalam menghadapi setiap persoalan dan tentangan rakyatnya. Setiap tugas yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan dengan baik, ramah dan kesabaran.

KISAH NABI ISHAQ A.S & KISAH NABI YUSUF A.S

Nabi Ishaq a.s

Nabi Ishaq a.s adalah putera Nabi Ibrahim a.s yang dilahirkan hasil perkhawinan bersama isterinya yang tertua iaitu Sarah. Beliau dianugerahkan Allah S.W.T keturunan yang ramai. Ramai diantara mereka menjadi pemimpin dan ada pula yang derhaka
terhadap ajaran Allah S.W.T. Perkataan „ishaq‟ bererti tertawa gembira seraya terkejut
kerana ibunya sewaktu mendengar berita bahawa beliau akan dikurniaka zuriat, ia tertawa
dan terkejut kerana usianya sudah lanjut.
Nabi Ishaq a.s dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Yaakub. Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah S.W.T. Nabi Yaakub a.s memperolehi keturunan yang ramai , di antaranya ialah Nabi Yusuf a.s yang juga menjadi Nabi dan Rasul. Nabi Ishaq a.s juga melahirkan keturunan para Nabi dari kalangan bani Israil sehingga kepada Nabi Isa a.s.
Nabi Ishaq a.s berserta kedua orang tuanya dan ahli keluarganya yang lain dirahmati
oleh Allah S.W.T sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran
Nabi Ishaq a.s wafat ketika berusai 180 tahun dan dikuburkan di Jirun yang juga di
kenali sebagai Kota Madinah

NABI YUSUF A.S

Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Ya'qub a.s. Beliau juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yusuf a.s dikurniakan oleh Allah S.W.T rupa paras yang tampan. Beliau satu-satunya anak yang dimanjakan oleh Nabi Ya'qub a.s, berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah kewafatan ibu kandungnya.
Pada suatu hari golongan yang membenci dan iri hati terhadap Nabi Yusuf a.s berkumpul dan berbincang untuk meluahkan perasaan masing-masing kepada bapa mereka dan membuat perancangan untuk menyingkirkan Nabi Yusuf a.s dari keluarga mereka dengan mencampakkannya ke dalam telaga dan atas izin Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s diselamatkan oleh seorang musafir yang kebetulan mengambil air di situ. Akhirnya si musafir itu menjual Nabi Yusuf a.s kepada Ketua Polis Mesir yang bernama Fathifar dan dijadikan anak angkatnya. Nabi Yusuf a.s dipelihara dengan sempurna oleh isteri pembesar itu, Zulaikah. Sejak dari itu Nabi Yusuf a.s tinggal bersama ibu angkatnya.
Sehinggalah pada suatu hari ibu angkatnya telah jatuh cinta pada Nabi Yusuf a.s dan meluahkan perasaannya itu tetapi Nabi Yusuf a.s menolak dengan mengenangkan jasa ibu angkatnya menjagannya sejak kecil. Dipendekan cerita atas sebab itu lah Nabi Yusuf a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar dipenjarakan. Bersama Nabi Yusuf a.s di perjara dua orang pelayan makan dan minum raja yang kemudian seorang daripada pelayan itu dibunuh dan seorang lagi dibebaskan selepas mengalami sebuah mimpi yang kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Selepas kejadian itu raja mengetahui kelebihan Nabi Yusuf a.s itu dan menyuruh Nabi Yusuf a.s mentafsir sebuah mimpi raja itu yang menbawa maksud akan berlaku musim kemarau yang maha dahsyat dalam masa tujuh tahun lagi dan mereka perlu bersedia, dengan izin Allah S.W.T berlakulah seperti apa yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Maka atas jasa Nabi Yusuf a.s itu beliau diberikan darjat sebagai Menteri kewangan mesir dan akhirnya berkhawin dengan Zulaikah setelah menjadi janda akibat kematian suaminya. Pada akhirnya Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan saudara-saudaranya yang pernah menganiaya dahulu namun yang demikian Nabi Yusuf a.s dengan rela memaafkan mereka dan dengan keizinan Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan bapanya iaitu Nabi Ya'qub a.s dan menceritakan kisah yang menimpa dirinya dari mula.

KISAH NABI ISMAIL A.S

Nabi Ismail a.s ialah anak Nabi Ibrahim a.s dan ibunya Siti Hajar. Nabi Ibrahim a.s bersama Siti Hajar berserta puteranya berhijrah ke Mekah yang pada masa itu masih merupakan lapangan padang pasir yang luas tanpa didiami oleh seorang manusia pun. Lalu Nabi Ibrahim a.s meningalakan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s yang masih kecil pada ketika itu di kawasan yang terpencil dan sunyi itu. Sebakul bahan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan akhirnya habis dimakan dalam beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s.
Ketika Siti hajar kehabisan air, ia terasa kehausan dan merasakan susunya semakin berkurangan dan bayinya Nabi Ismail a.s turut menderita akibat kekurangan susu. Demi memikirkan masa hidupnya bersama anaknya yang tersayang. Siti Hajar terus bermundar- mandir dan berlari-lari anak sehingga tujuh kali di antara bukit Shafa dan Marwah. Siti hajar akhirnya duduk termenung kerana penat dan hampir berputus asa dengan keizinan Allah S.W.T malaikat Jibril a.s mendatangai Siti Hajar dan bertanya beberapa soalan dan menghentakkan sekuat-kuat kakinya ke tanah dan dengan serta merta atas izin Allah S.W.T terpancut keluar air yang jernih yang mengalir keluar sehingga ke hari ini yang lebih dikenali sebagai telaga Zam-Zam.
Selang beberapa hari selepas kejadian itu rombongan masyarakat arab Jurham yang secara kebetulan lalu disitu menjumpai punca air itu dan seterusnya menetap bersama- sama dengan Siti Hajar dan nabi Ismail a.s di kawasan itu. Setelah kembalinya Nabi Ibrahim a.s ke Mekkah untuk menemuai anak dan isterinya yang tercinta beliau terkejut dan tercengang memerhatikan kawasan tersebut sebagai sebuah desa yang subur lagi makmur. Kemudian Nabi Ibrahim a.s terus mendirikan Kaabah (Baitullah) yang sekarang ini menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan menjadi kunjungan wajib umat Islam yang mengerjakan Haji.
Pada suatu ketika sewaktu Nabi Ismail a.s mencapai usai remajanya, Nabi Ibrahim a.s bermimpi bahawa ia harus menyembelih puteranya. Dengan keyakinan yang benar- benar kepada Allah S.W.T, Nabi Ibrahim a.s pun menyembelih Nabi Ismail a.s yang kemudiannya ditukarkan kepada seekor domba oleh Allah S.W.T dan Nabi Ismail a.s pun terselamat daripada disembelih. Seruan inilah merupakan permulaan sunnah berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari Raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia
Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa beliau pun berkhawin dengan seorang
wanita Jurum. Dari sini lahirlah keturunan anak cucu Nabi Ismail a.s Nabi Ismail a.s yang
dikenali sebagai kaum Musta‟ribah ini kemudiannya melahirkan Nabi Muhammad S.A.W.

KISAH NABI LUTH A.S

Nabi Luth a.s merupakan anak saudara Nabi Ibrahim a.s dan menetap di sebuah
dusun yang disebut sebagai Sadum, yang terletak di dalam wilayah Palestin.
Menurut riwayat, Nabi Luth a.s diutuskan oleh Allah S.W.T untuk kaumnya iaitu kaum Sadum yang yang terdiri daripada 4000 orang. Masyarakat Sadum memiliki moral yang rendah, pemikiran yang meleset serta tidak mempunyai pegangan agama. Maksiat berleluasa, kecurian, rompakan, perampasan harta adalah kegiatan seharian mereka.Ciri khas masyarakat mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelaki dan lesbian dikalangan wanita.
Mereka tidak sedikit pun mengendahkan seruan Nabi Luth a.s malah mereka juga mengejek dan mencemuh beliau. Sehingakan Nabi Luth a.s bordoa kepada Allah S.W.T supaya kaumnya yang ingkar itu diberikan azab yang setimpal dengan kemungkaran mereka itu. Sebelum negeri Nabi Luth a.s dilanda kemusnahan, para malaikat tiba di Sadum dengan menyamar sebagai remaja yang kacak rupa parasnya, memiliki susuk tubuh yang menarik dan menumpang di rumah Nabi Luth a.s sebagai musafir. Apabila kaum Nabi Luth a.s mengetahui akan hal ini maka mereka bergegas ke rumah Nabi Luth a.s untuk meminta dikhawinkan dengan para malaikat itu.
Akibat daripada perbuatan kaum Nabi Luth a.s yang tidak bermoral itu maka menjelang fajar pada saat Nabi Luth a.s dan pengikut yang soleh berangkat meninggalakan negeri Sadum, Allah S.W.T mengutuskan gempa bumi yang kuat dan angin kencang yang disertai batu menghancurkan dengan serta merta kota Sadum bersama penghuninya termasuklah isteri dan anak sulung Nabi Luth a.s yang bernama Kan‟an.

KISAH NABI IBRAHIM A.S

Nabi Ibrahim a.s merupakan anak kepada Azar bin Sam bin Nuh. Nama sebenar
ayah Nabi Ibrahim a.s adalah Tarikh‟ bin Sam bin Nuh. Beliau terkenal dengan gelaran Azar
kerana pekerjaannya mengukir patung berhala untuk dijadikan sembahan. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masihi di negeri Mausul yang diperintah oleh Raja Namrud dan beliau diutuskan kepada satu kaum di Iraq yang ketika itu dikusai oleh Raja Namrud.
Setelah diutus oleh Allah S.W.T untuk menjadi Nabi maka Nabi Ibrahim a.s memulakan dakwahnya yang kemudian membuat satu rancangan sebagai membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar, menyatakan bahawa berhala dan patung-patung mereka itu benar-benar tidak berguna bahkan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri. Sudah menjadi kebiasaan adat tradisi penduduk kerajaan Babilion keluar dari kota untuk beberapa hari untuk merayakan hari raya untuk tuhan patung berhala mereka. Nabi Ibrahim a.s menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua patung berhala mereka di kota. Maka setelah mereka pulang dari pesta itu mereka amat terkejut akan kejadian itu dan mengetahui itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim a.s dan beliau dibawa menghadap hakim dan disambut dengan cemuhan, teriakan, cercaan dari kaumnya yang ingkar.
Setelah dibuat perbicaraan maka Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukum bakar namaun dengan keizinan Allah S.W.T api yang panas menjadi sejuk mendingingkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada kejadian itu dan terus berdakwah kepada kaumnya.
Akhirnya Namrud dan pengikut meneriman seksaan Allah S.W.T dengan didatangi nyamuk yang sangat banyak. Namrud sendiri mati kerana dimasuki oleh seekor nyamuk hingga kelubang telinganya.

KISAH NABI SALEH A.S

Nabi Salleh a.s adalah anak „Ubaid bin Jabir bin Tsamud, kaumnya bernama tsamud, iaitu gelaran yang diambil bersempana nama datuknya. Nabi Salleh a.s berasal daripada keturunan Nabi Nuh a.s yang keenam. Kamu Tsamud mendiami daerah yang
sebelumnya menjadi penempatan kaum Ad‟. Negeri tersebut menjadi sunyi sepi selepas
ditingalkan oleh kaum Ad‟ akibat kemusnahan. Kaum Tsamud memiliki harta benda, dan
hidup dengan penuh kesenangan tanpa sebarang kekurangan malangnya mereka lupa
sama sekali terhadap Tuhannya yakni Allah S.W.T.
Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berada di dalam kegelapan tanpa perutusan nabi. Oleh itu Allah S.W.T mengutuskan Nabi Salleh a.s untuk menyeru kaumnya. Nabi Salleh a.s memulakan misinya dengan memperkenalkan kepada mereka Tuhan yang sepatutnya disembah iaitu Allah S.W.T Yang Maha Esa. Walaupun Nabi Salleh a.s telah bersusah payah menyeru kaumnya agar menyembah Allah S.W.T dan meninggalakan penyembahan berhala, namun mereka tetap ingkar dan mencemuh sambil mengatakan Nabi Salleh a.s hanya manusia biasa dan bukan pesuruhNya.
Kaum Nabi Salleh a.s juga menuntut supaya ditunjukkan kepada mereka suatu mukjizat supaya mereka boleh mempercayai dan beriman kepada Allah S.W.T maka Nabi Salleh a.s berdoa kepada Allah S.W.T dan dengan kekuasaanNya keluar seekor unta dari perut batu karang yang besar. Sambil menunjukkan binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu, Nabi Salleh a.s berkata kepada mereka “Inilah unta Allah S.W.T, jangan
kamu ganggu dan biarkan ia mencari makannanya sendiri di atas muka bumi Allah S.W.T. Ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan ternakanmu. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T akan menurunkan azab-Nya apabila kamu menggangu binatang ini.”
Akibat daripada sikap tidak mempercayai, mereka menganggu unta tersebut dengan menyembelihnya. Akibat daripada perbuatan mereka itu maka Allah S.W.T menurunkan azab petir dan membinasakan serta menghancurkan golongan yang ingkar itu. Sebelum azab tersebut melanda Nabi Salleh a.s berserta pengikutnya yang beriman berjumlah 120 orang telah pun berhijirah ke negeri lain iaitu Hadramaut dan terdapat riwayat lain yang menyebut bahawa mereka berpindah ke negeri Makkah.

KISAH NABI HUD A.S

Nabi Hud a.s merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh a.s). Beliau diperintahkan membentuk kaum Ad yang alpa terhadap kesejahteraan hidup duniawi sehingga tidak mengenali Tuhannya Pencipta yakni Allah S.W.T. Nabi Hud a.s berasal daripada keluarga yang terhormat dan berpengaruh. Beliau terkenal sejak kecil lagi kerana kelakuan yang baik, budi pekerti yang luhur, lurus dan sangat bijaksana dalam pergaluan bersama rakan taulannya.
Nabi Hud a.s sentiasa menyeru kaumnya untuk menyembah Allah S.W.T dan meninggalkan penyembahan berhala. Beliau melarang sama sekali penganiayaan sesama manusia. Kaum Nabi Hud a.s memiliki tanah kebun yang luas hasil bumi yang melimpah ruah, mereka dapat membina rumah dan istana yang tersergam indah sebagai tempat tinggal masing-masing. Akibat mengecapi kebahagiaan hidup itu mereka lupa asal-usul dan
hanya tahu “berterima kasih” pada batu-batan dan tidak pada Allah S.W.T.
Walaupun Nabi Hud a.s telah berusaha untuk menyeru kaumnya namun mereka tetap ingkar. Sifat takabur mereka terpahat hebat sekali sehingga tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian maka Allah S.W.T memberikan laknat atas mereka dan terbentanglah di langit yang hitam lagi panjang. Melihat keadaan yang begitu ganjil, mereka keluar dari rumah masing-masing untuk melihat awan tersebut dan berpendapat bahawa awan itu adalah awan rahmat yang menyiram dan menyuburkan tanaman mereka serta memberi minum pada ternakan mereka. Tetapi sebaliknya Nabi Hud a.s berkata kepada mereka itu bukah awan rahmat tetapi ia adalah azab dari Allah S.W.T. Maka dengan keizinan Allah S.W.T angin yang kuat serta hujan yang lebat keluar daripada awan itu selama tujuh malam dan lapan yang akibatnya membinasakan seluruh umat Nabi Hud a.s yang ingkar itu.
Setelah keadaa cuaca kembali tenang dan tanah “Al-Ahqaf” menjadi sunyi daripada
suara kaum Aad, Nabi Hud a.s meninggalkan tempat tersebut dan berhijrah ke Hadramaut, sebagai penempatan menghabiskan sisa hidupnya sehingga wafat. Beliau dikebumikan di sana. Makamnya masih terletak sehingga kini, diatas sebuah bukit, di suatu tempat lebih kurang lebih 50km dari kota Siwun. Para penziarah datang berama-ramai, terutamanya pada bulan Syaban setiap tahun.