Sunday, January 9, 2011

KISAH NABI AYUB A.S & KISAH NABI ZULKIFLI A.S

NABI AYUB A.S

Nabi Aybu a.s adalah anak Ish bin Ishak bin Ibrahim a.s. Beliau merupakan seorang yang kaya, memiliki tanah yang luas. Binatang seperti unta, keldai dan sapi. Meski pun demikian beliau tidak pernah melupakan ibadahnya kepada Allah S.W.T den lebih cenderung berbuat kebajikan. Oleh yang demikian pelbagai cara yang digunakan syaitan hingga akhirnya menghancurkan-hancurkan kekayaan Nabi Ayub a.s. Akhirnya Nabi Ayub a.s menderita akibat penyakit demam panas, batuk dan lain-lain sehingga menyebabkan badannya semakin kurus dan wajahnya pucat lesu tidak berdarah. Kulitnya kelihatan berbintik-bintik dan akhirnya beliau dipulaukan oleh masyarakat kampung dan rakan-rakan karibnya. Hanya isterinya sahaja yang setia mendampingi dan merawat Nabi Ayub a.s dengan penuh sabar. Tetapi syaitan terus mengoda isteri Nabi Aybu a.s sehingga pada suatu hari ketika disuruh oleh suaminya ia berbicara kasar sehingga Nabi Aybu a.s berkata :
“Awas kamu saya sudah sembuh dan senang akan saya pukul kamu 100 kali”.
Dengan izin Allah S.W.T, setelah dilaksanakan petunjuk Ilahi itu Nabi Ayub a.s segera sembuh dari penyakitnya itu dan kembali sihat dan lebih kuat daripada sebelum ia menderita. Nabi Ayub a.s telah bersumpah bahawa sesudah sembuh ia akan memukul isterinya 100 kali sewaktu ia mengusirnya namun begitu beliau berasa kasihan untuk bertindak sedemikian apabila terkenangkan kesetiaan isterinya dalam mengharungi segala suka duka dan deritanya. Nabi Aybu a.s bingung untuk melaksanakan sumpah itu atau pun tidak dan akhirnya Allah S.W.T memberi petunjuk kepada Nabi Ayub a.s dengan memukul isterinya itu dengan 100 batang lidi kerana perbuatan isteri Nabi Ayub a.s suatu ketika dahulu itu bukanlah datang dari dirinya sendiri tetapi akibat godaan syaitan yang durjana.
Allah S.W.T telah membalas kesabaran dan keteguhan iman Nabi Ayub a.s bukan saja dengan memulihkan semula kesihatan serta kekuatan fizikilnya sebagaimana zaman mudanya, tetapi Allah S.W.T mengembalikan kebesaran duniawi serta kekayaan harta benda berlipat ganda. Kepadanya juga dikurniaNya putera-puteranya yang telah meninggal. Dia antara anak lelaki beliau ialah Basyar yang digelar sebagai Zulkifli dan diangkat menjadi Nabi. Demikianlah rahmat Tuhan kepada Nabi Aybu a.s yang telah berjaya menempuhi dugaanNya dengan penuh kesabaran, bertawakkal dan keimanan kepada Allah S.W.T.

NABI ZULKIFLI A.S

Nabi Zulkifli a.s merupakan anak kepada Nabi Ayub a.s. Zulkifli adalah gelaran yang diberikan kepadanya manakala nama asal beliau adalah Basyar bin Ayub. Gelaran ini diberiakan kepada beliau kerana sanggup menjalankan amanat raja. Allah S.W.T berfirman di dalam Al-Quran yang bermaksud :
"Ismail, Idris dan Dzulkifli, termasuk orang-orang yang sabar. Kami masukkan
mereka dalam rahmat kami. Sesungguhnya mereka adalah termasuk orang-orang
yang saleh".
(Al Anbiyaa' 85-86)
Pada siang hari Nabi Zulkifli a.s berpuasa dan membahagikan waktunya untuk memerintah kerajaan, melayani umat dan juga beribadah kepada Allah S.W.T terutamanya pada waktu malam.
Nabi Zulkifli a.s merupakan seorang raja yang tidak pernah marah, walau dalam apa jua keadaan yang berlaku sekalipun dalam menghadapi setiap persoalan dan tentangan rakyatnya. Setiap tugas yang diamanahkan kepadanya dilaksanakan dengan baik, ramah dan kesabaran.

KISAH NABI ISHAQ A.S & KISAH NABI YUSUF A.S

Nabi Ishaq a.s

Nabi Ishaq a.s adalah putera Nabi Ibrahim a.s yang dilahirkan hasil perkhawinan bersama isterinya yang tertua iaitu Sarah. Beliau dianugerahkan Allah S.W.T keturunan yang ramai. Ramai diantara mereka menjadi pemimpin dan ada pula yang derhaka
terhadap ajaran Allah S.W.T. Perkataan „ishaq‟ bererti tertawa gembira seraya terkejut
kerana ibunya sewaktu mendengar berita bahawa beliau akan dikurniaka zuriat, ia tertawa
dan terkejut kerana usianya sudah lanjut.
Nabi Ishaq a.s dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Yaakub. Beliau dilantik menjadi Nabi dan Rasul Allah S.W.T. Nabi Yaakub a.s memperolehi keturunan yang ramai , di antaranya ialah Nabi Yusuf a.s yang juga menjadi Nabi dan Rasul. Nabi Ishaq a.s juga melahirkan keturunan para Nabi dari kalangan bani Israil sehingga kepada Nabi Isa a.s.
Nabi Ishaq a.s berserta kedua orang tuanya dan ahli keluarganya yang lain dirahmati
oleh Allah S.W.T sebagaimana yang tercatat di dalam Al-Quran
Nabi Ishaq a.s wafat ketika berusai 180 tahun dan dikuburkan di Jirun yang juga di
kenali sebagai Kota Madinah

NABI YUSUF A.S

Nabi Yusuf a.s adalah anak ke tujuh daripada 12 orang anak Nabi Ya'qub a.s. Beliau juga merupakan keturunan Nabi Ibrahim a.s. Nabi Yusuf a.s dikurniakan oleh Allah S.W.T rupa paras yang tampan. Beliau satu-satunya anak yang dimanjakan oleh Nabi Ya'qub a.s, berbanding dengan saudara-saudaranya yang lain, terutamanya setelah kewafatan ibu kandungnya.
Pada suatu hari golongan yang membenci dan iri hati terhadap Nabi Yusuf a.s berkumpul dan berbincang untuk meluahkan perasaan masing-masing kepada bapa mereka dan membuat perancangan untuk menyingkirkan Nabi Yusuf a.s dari keluarga mereka dengan mencampakkannya ke dalam telaga dan atas izin Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s diselamatkan oleh seorang musafir yang kebetulan mengambil air di situ. Akhirnya si musafir itu menjual Nabi Yusuf a.s kepada Ketua Polis Mesir yang bernama Fathifar dan dijadikan anak angkatnya. Nabi Yusuf a.s dipelihara dengan sempurna oleh isteri pembesar itu, Zulaikah. Sejak dari itu Nabi Yusuf a.s tinggal bersama ibu angkatnya.
Sehinggalah pada suatu hari ibu angkatnya telah jatuh cinta pada Nabi Yusuf a.s dan meluahkan perasaannya itu tetapi Nabi Yusuf a.s menolak dengan mengenangkan jasa ibu angkatnya menjagannya sejak kecil. Dipendekan cerita atas sebab itu lah Nabi Yusuf a.s berdoa kepada Allah S.W.T agar dipenjarakan. Bersama Nabi Yusuf a.s di perjara dua orang pelayan makan dan minum raja yang kemudian seorang daripada pelayan itu dibunuh dan seorang lagi dibebaskan selepas mengalami sebuah mimpi yang kemudiannya ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Selepas kejadian itu raja mengetahui kelebihan Nabi Yusuf a.s itu dan menyuruh Nabi Yusuf a.s mentafsir sebuah mimpi raja itu yang menbawa maksud akan berlaku musim kemarau yang maha dahsyat dalam masa tujuh tahun lagi dan mereka perlu bersedia, dengan izin Allah S.W.T berlakulah seperti apa yang ditafsirkan oleh Nabi Yusuf a.s.
Maka atas jasa Nabi Yusuf a.s itu beliau diberikan darjat sebagai Menteri kewangan mesir dan akhirnya berkhawin dengan Zulaikah setelah menjadi janda akibat kematian suaminya. Pada akhirnya Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan saudara-saudaranya yang pernah menganiaya dahulu namun yang demikian Nabi Yusuf a.s dengan rela memaafkan mereka dan dengan keizinan Allah S.W.T, Nabi Yusuf a.s bertemu semula dengan bapanya iaitu Nabi Ya'qub a.s dan menceritakan kisah yang menimpa dirinya dari mula.

KISAH NABI ISMAIL A.S

Nabi Ismail a.s ialah anak Nabi Ibrahim a.s dan ibunya Siti Hajar. Nabi Ibrahim a.s bersama Siti Hajar berserta puteranya berhijrah ke Mekah yang pada masa itu masih merupakan lapangan padang pasir yang luas tanpa didiami oleh seorang manusia pun. Lalu Nabi Ibrahim a.s meningalakan Siti Hajar dan Nabi Ismail a.s yang masih kecil pada ketika itu di kawasan yang terpencil dan sunyi itu. Sebakul bahan makanan dan minuman yang dibawanya dalam perjalanan akhirnya habis dimakan dalam beberapa hari sepeninggalan Nabi Ibrahim a.s.
Ketika Siti hajar kehabisan air, ia terasa kehausan dan merasakan susunya semakin berkurangan dan bayinya Nabi Ismail a.s turut menderita akibat kekurangan susu. Demi memikirkan masa hidupnya bersama anaknya yang tersayang. Siti Hajar terus bermundar- mandir dan berlari-lari anak sehingga tujuh kali di antara bukit Shafa dan Marwah. Siti hajar akhirnya duduk termenung kerana penat dan hampir berputus asa dengan keizinan Allah S.W.T malaikat Jibril a.s mendatangai Siti Hajar dan bertanya beberapa soalan dan menghentakkan sekuat-kuat kakinya ke tanah dan dengan serta merta atas izin Allah S.W.T terpancut keluar air yang jernih yang mengalir keluar sehingga ke hari ini yang lebih dikenali sebagai telaga Zam-Zam.
Selang beberapa hari selepas kejadian itu rombongan masyarakat arab Jurham yang secara kebetulan lalu disitu menjumpai punca air itu dan seterusnya menetap bersama- sama dengan Siti Hajar dan nabi Ismail a.s di kawasan itu. Setelah kembalinya Nabi Ibrahim a.s ke Mekkah untuk menemuai anak dan isterinya yang tercinta beliau terkejut dan tercengang memerhatikan kawasan tersebut sebagai sebuah desa yang subur lagi makmur. Kemudian Nabi Ibrahim a.s terus mendirikan Kaabah (Baitullah) yang sekarang ini menjadi kiblat kepada seluruh umat Islam untuk beribadah kepada Allah S.W.T dan menjadi kunjungan wajib umat Islam yang mengerjakan Haji.
Pada suatu ketika sewaktu Nabi Ismail a.s mencapai usai remajanya, Nabi Ibrahim a.s bermimpi bahawa ia harus menyembelih puteranya. Dengan keyakinan yang benar- benar kepada Allah S.W.T, Nabi Ibrahim a.s pun menyembelih Nabi Ismail a.s yang kemudiannya ditukarkan kepada seekor domba oleh Allah S.W.T dan Nabi Ismail a.s pun terselamat daripada disembelih. Seruan inilah merupakan permulaan sunnah berkorban yang dilakukan oleh umat Islam pada setiap hari Raya Aidiladha di seluruh pelusuk dunia
Setelah Nabi Ismail a.s meningkat dewasa beliau pun berkhawin dengan seorang
wanita Jurum. Dari sini lahirlah keturunan anak cucu Nabi Ismail a.s Nabi Ismail a.s yang
dikenali sebagai kaum Musta‟ribah ini kemudiannya melahirkan Nabi Muhammad S.A.W.

KISAH NABI LUTH A.S

Nabi Luth a.s merupakan anak saudara Nabi Ibrahim a.s dan menetap di sebuah
dusun yang disebut sebagai Sadum, yang terletak di dalam wilayah Palestin.
Menurut riwayat, Nabi Luth a.s diutuskan oleh Allah S.W.T untuk kaumnya iaitu kaum Sadum yang yang terdiri daripada 4000 orang. Masyarakat Sadum memiliki moral yang rendah, pemikiran yang meleset serta tidak mempunyai pegangan agama. Maksiat berleluasa, kecurian, rompakan, perampasan harta adalah kegiatan seharian mereka.Ciri khas masyarakat mereka adalah perbuatan homoseksual (liwat) di kalangan lelaki dan lesbian dikalangan wanita.
Mereka tidak sedikit pun mengendahkan seruan Nabi Luth a.s malah mereka juga mengejek dan mencemuh beliau. Sehingakan Nabi Luth a.s bordoa kepada Allah S.W.T supaya kaumnya yang ingkar itu diberikan azab yang setimpal dengan kemungkaran mereka itu. Sebelum negeri Nabi Luth a.s dilanda kemusnahan, para malaikat tiba di Sadum dengan menyamar sebagai remaja yang kacak rupa parasnya, memiliki susuk tubuh yang menarik dan menumpang di rumah Nabi Luth a.s sebagai musafir. Apabila kaum Nabi Luth a.s mengetahui akan hal ini maka mereka bergegas ke rumah Nabi Luth a.s untuk meminta dikhawinkan dengan para malaikat itu.
Akibat daripada perbuatan kaum Nabi Luth a.s yang tidak bermoral itu maka menjelang fajar pada saat Nabi Luth a.s dan pengikut yang soleh berangkat meninggalakan negeri Sadum, Allah S.W.T mengutuskan gempa bumi yang kuat dan angin kencang yang disertai batu menghancurkan dengan serta merta kota Sadum bersama penghuninya termasuklah isteri dan anak sulung Nabi Luth a.s yang bernama Kan‟an.

KISAH NABI IBRAHIM A.S

Nabi Ibrahim a.s merupakan anak kepada Azar bin Sam bin Nuh. Nama sebenar
ayah Nabi Ibrahim a.s adalah Tarikh‟ bin Sam bin Nuh. Beliau terkenal dengan gelaran Azar
kerana pekerjaannya mengukir patung berhala untuk dijadikan sembahan. Nabi Ibrahim a.s dilahirkan pada tahun 2295 sebelum Masihi di negeri Mausul yang diperintah oleh Raja Namrud dan beliau diutuskan kepada satu kaum di Iraq yang ketika itu dikusai oleh Raja Namrud.
Setelah diutus oleh Allah S.W.T untuk menjadi Nabi maka Nabi Ibrahim a.s memulakan dakwahnya yang kemudian membuat satu rancangan sebagai membuktikan kepada kaumnya dengan perbuatan yang nyata dan boleh dilihat dengan mata kasar, menyatakan bahawa berhala dan patung-patung mereka itu benar-benar tidak berguna bahkan tidak mampu untuk melindungi dirinya sendiri. Sudah menjadi kebiasaan adat tradisi penduduk kerajaan Babilion keluar dari kota untuk beberapa hari untuk merayakan hari raya untuk tuhan patung berhala mereka. Nabi Ibrahim a.s menggunakan kesempatan itu untuk menghancurkan semua patung berhala mereka di kota. Maka setelah mereka pulang dari pesta itu mereka amat terkejut akan kejadian itu dan mengetahui itu adalah perbuatan Nabi Ibrahim a.s dan beliau dibawa menghadap hakim dan disambut dengan cemuhan, teriakan, cercaan dari kaumnya yang ingkar.
Setelah dibuat perbicaraan maka Nabi Ibrahim a.s dijatuhkan hukum bakar namaun dengan keizinan Allah S.W.T api yang panas menjadi sejuk mendingingkan Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ibrahim a.s terselamat daripada kejadian itu dan terus berdakwah kepada kaumnya.
Akhirnya Namrud dan pengikut meneriman seksaan Allah S.W.T dengan didatangi nyamuk yang sangat banyak. Namrud sendiri mati kerana dimasuki oleh seekor nyamuk hingga kelubang telinganya.

KISAH NABI SALEH A.S

Nabi Salleh a.s adalah anak „Ubaid bin Jabir bin Tsamud, kaumnya bernama tsamud, iaitu gelaran yang diambil bersempana nama datuknya. Nabi Salleh a.s berasal daripada keturunan Nabi Nuh a.s yang keenam. Kamu Tsamud mendiami daerah yang
sebelumnya menjadi penempatan kaum Ad‟. Negeri tersebut menjadi sunyi sepi selepas
ditingalkan oleh kaum Ad‟ akibat kemusnahan. Kaum Tsamud memiliki harta benda, dan
hidup dengan penuh kesenangan tanpa sebarang kekurangan malangnya mereka lupa
sama sekali terhadap Tuhannya yakni Allah S.W.T.
Allah S.W.T yang Maha Pengasih dan Maha Penyanyang tidak akan membiarkan hamba-hambaNya berada di dalam kegelapan tanpa perutusan nabi. Oleh itu Allah S.W.T mengutuskan Nabi Salleh a.s untuk menyeru kaumnya. Nabi Salleh a.s memulakan misinya dengan memperkenalkan kepada mereka Tuhan yang sepatutnya disembah iaitu Allah S.W.T Yang Maha Esa. Walaupun Nabi Salleh a.s telah bersusah payah menyeru kaumnya agar menyembah Allah S.W.T dan meninggalakan penyembahan berhala, namun mereka tetap ingkar dan mencemuh sambil mengatakan Nabi Salleh a.s hanya manusia biasa dan bukan pesuruhNya.
Kaum Nabi Salleh a.s juga menuntut supaya ditunjukkan kepada mereka suatu mukjizat supaya mereka boleh mempercayai dan beriman kepada Allah S.W.T maka Nabi Salleh a.s berdoa kepada Allah S.W.T dan dengan kekuasaanNya keluar seekor unta dari perut batu karang yang besar. Sambil menunjukkan binatang yang baru keluar dari perut batu besar itu, Nabi Salleh a.s berkata kepada mereka “Inilah unta Allah S.W.T, jangan
kamu ganggu dan biarkan ia mencari makannanya sendiri di atas muka bumi Allah S.W.T. Ia mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum dan kamu mempunyai giliran untuk mendapatkan air minum bagimu dan ternakanmu. Ketahuilah bahawa Allah S.W.T akan menurunkan azab-Nya apabila kamu menggangu binatang ini.”
Akibat daripada sikap tidak mempercayai, mereka menganggu unta tersebut dengan menyembelihnya. Akibat daripada perbuatan mereka itu maka Allah S.W.T menurunkan azab petir dan membinasakan serta menghancurkan golongan yang ingkar itu. Sebelum azab tersebut melanda Nabi Salleh a.s berserta pengikutnya yang beriman berjumlah 120 orang telah pun berhijirah ke negeri lain iaitu Hadramaut dan terdapat riwayat lain yang menyebut bahawa mereka berpindah ke negeri Makkah.

KISAH NABI HUD A.S

Nabi Hud a.s merupakan keturunan Sam bin Nuh (cucu Nabi Nuh a.s). Beliau diperintahkan membentuk kaum Ad yang alpa terhadap kesejahteraan hidup duniawi sehingga tidak mengenali Tuhannya Pencipta yakni Allah S.W.T. Nabi Hud a.s berasal daripada keluarga yang terhormat dan berpengaruh. Beliau terkenal sejak kecil lagi kerana kelakuan yang baik, budi pekerti yang luhur, lurus dan sangat bijaksana dalam pergaluan bersama rakan taulannya.
Nabi Hud a.s sentiasa menyeru kaumnya untuk menyembah Allah S.W.T dan meninggalkan penyembahan berhala. Beliau melarang sama sekali penganiayaan sesama manusia. Kaum Nabi Hud a.s memiliki tanah kebun yang luas hasil bumi yang melimpah ruah, mereka dapat membina rumah dan istana yang tersergam indah sebagai tempat tinggal masing-masing. Akibat mengecapi kebahagiaan hidup itu mereka lupa asal-usul dan
hanya tahu “berterima kasih” pada batu-batan dan tidak pada Allah S.W.T.
Walaupun Nabi Hud a.s telah berusaha untuk menyeru kaumnya namun mereka tetap ingkar. Sifat takabur mereka terpahat hebat sekali sehingga tidak dapat diubah oleh sesiapa pun. Oleh yang demikian maka Allah S.W.T memberikan laknat atas mereka dan terbentanglah di langit yang hitam lagi panjang. Melihat keadaan yang begitu ganjil, mereka keluar dari rumah masing-masing untuk melihat awan tersebut dan berpendapat bahawa awan itu adalah awan rahmat yang menyiram dan menyuburkan tanaman mereka serta memberi minum pada ternakan mereka. Tetapi sebaliknya Nabi Hud a.s berkata kepada mereka itu bukah awan rahmat tetapi ia adalah azab dari Allah S.W.T. Maka dengan keizinan Allah S.W.T angin yang kuat serta hujan yang lebat keluar daripada awan itu selama tujuh malam dan lapan yang akibatnya membinasakan seluruh umat Nabi Hud a.s yang ingkar itu.
Setelah keadaa cuaca kembali tenang dan tanah “Al-Ahqaf” menjadi sunyi daripada
suara kaum Aad, Nabi Hud a.s meninggalkan tempat tersebut dan berhijrah ke Hadramaut, sebagai penempatan menghabiskan sisa hidupnya sehingga wafat. Beliau dikebumikan di sana. Makamnya masih terletak sehingga kini, diatas sebuah bukit, di suatu tempat lebih kurang lebih 50km dari kota Siwun. Para penziarah datang berama-ramai, terutamanya pada bulan Syaban setiap tahun.

KISAH NABI NUH A.S

Nabi Nuh a.s merupakan keturunan Nabi Adam a.s yang ke-10. Beliau diutuskan Allah S.W.T sebagai Rasul untuk menyampaikan ajaran-ajaran-Nya kepada penduduk negeri Armenia.
Nabi Nuh a.s menyeru kaumnya hampir beratus tahun lamanya, beliau melarang mereka menyembah berhala dan memberi petunjuk kepada mereka untuk menyembah Allah S.W.T, tetapi hanya segelintir manusia sahaja yang mengikutnya. Orang-orang yang yang tidak mahu mengikutnya itu sentiasa mengejeknya dengan kata-kata yang keji.
Setelah terjadi perdebatan dia antara Nabi Nuh a.s dengan kaumnya, mereka menentang agar Nabi Nuh a.s mendatangkan seksaan keatas diri mereka. Mereka tetap tidak mempercayai kata-kata yang disampaikan oleh Nabi Nuh a.s. Nabi Nuh a.s juga telah menyampaikan kepada mereka bahawa sekiranya mereka tidak mahu beriman kepada Allah S.W.T nescaya akan menerima azab seksaan daripadaNya tetapi mereka sedikit pun tidak menghiraukannya, malah menentang.
Setelah menerima perintah dari Allah S.W.T untuk membina kapal Nabi Nuh a.s mengumpul para pengikutnya. Tenteranya mula mengumpulkan bahan binaan dan mula membina kapal itu di kawasan yang jauh dari bandar supaya mereka semua boleh berkerja dengan tenang tanpa sebarang gangguan. Walaupun yang demikian Nabi Nuh a.s tidak luput dari ejekan serta cemuhan daripada segilintir kaumnya yang ingkar itu. Setelah selesai tugasan pembinaan kapal yang merupakan pengangkutan laut yang pertama di dunia, Nabi Nuh a.s menerima wahyu dari Allah S.W.T tentang persediaan mereka untuk berangkat maka banjir besar yang paling dahsyat melanda bumi. Seluruh kota dan desa ditengelami oleh air sehingga ke puncak bukit-bukau. Tiada tempat berlindung kecuali kapal Nabi Nuh a.s yang telah dinaiki para penumpang mukmin dan pasangan makhluk yang diselamatkan oleh Nabi Nuh a.s atas perintah Allah S.W.T. Maka binasalah seluruh kaum Nabi Nuh a.s
yang ingkar itu termasuk putera sulungnya “Kan‟aan”.
Nabi Nuh a.s diutus Allah S.W.T kepada umatnya dan tinggal bersama mereka selama 950 tahun. Beliau merupakan seorang Nabi yang sering menangis memikirkan penderhakaan kaumnya terhadap Allah S.W.T. Bertahun lamanya beliau mengajak dan menyeru dakwahnya kepada kaumnya namun hanya segelintir daripada mereka beriman kepada Allah S.W.T. Begitulah Riwayat hidup Nabi Nuh a.s dengan iringan keyakinan.

KISAH NABI IDRIS A.S

Nabi Idris a.s merupakan keturunan keenam Nabi Adam a.s, anak kepada Yarid bin
Mihla‟el bin Qinan bin Anusy bin Syith bin Adam a.s dan merupakan keturunan pertama
yang dikurniakan kenabian selepas Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s. Nabi Idris a.s tinggal di mesir dan mengajar kaumya ilmu tauhid dan beribadah kepada Allah S.W.T. Nabi Idris wafat pada usia 82 tahun.
Nabi Idris a.s memiliki pelbagai kemahiran contohnya menjahit, menunggang kuda, menulis dan membaca dan mengetahui ilmu bintang dan metamatik. Beliau juga banyak mempelajari kitab-kitab yang telah di turunkan Allah S.W.T kepada Nabi Adam a.s dan Nabi Syith a.s.
Nabi Idris a.s juga diberikan gelaran “Asadul Usud” yang bermakana Harimau
segala Harimau kerana berani memerangi manusia yang derhaka kepada Allah S.W.T. Sebahagian ahli tafsir mengatakan tatkala Nabi Idris a.s mengenali malaikat beliau berhajat untuk mengenali alam ghaib. Keinginan Nabi Idris a.s itu di tunaikan oleh Allah S.W.T dan di bawa naik ke langit ke 4. (sebahagian ahli tafsir mengatakan sehingga ke langit ke 6).
Sewaktu Nabi Muhammad S.A.W dan Jibril a.s melalui suatu tempat pada malam
Israk dan Mikraj baginda bertemu dengan Nabi Idris.
Di antara kata-kata hikmah Nabi Idris a.s sewaktu menyeru kaumnya adalah :
“Janganlah bersumpah dalam keadaan kamu berdusta dan janganlah menuntut sumpah
daripada orang yang berdusta agar kamu tidak menyekutui mereka di dalam doa

KISAH HIDUP 25 NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S

Nabi Adam a.s. merupakan junjungan pertama pilihan Allah S.W.T. Selaku manusia pertama dan juga merupakan keturunan pertama daripada golongan sekelian manusia. Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T dari tanah sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari tanah yang kering ,
dari tanah yang hitam yang busuk”
(Al-Hijir : 26)

Setelah disempurnakan bentuk Nabi Adam a.s, Allah S.W.T meniupkan roh ke dalamnya dan berdirilah ia seperti manusia yang sempurna. Lantas Allah S.W.T memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s lalu mereka sujud kecuali iblis kerana iblis menggangap dia lebih mulia dan lebih unggul dari Nabi Adam a.s kerana kejadian iblis dari api dan Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Akibat kesombongan dan keengganan iblis itu maka Allah S.W.T mengusirnya daripada syurga dan dikeluarkan daripada barisan malaikat dengan disertai dengan kutukan dan laknat serta balasan neraka bagi iblis . iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Allah S.W.T itu dan memohon agar diberikan kesempatan untuk hidup sehingga hari khiamat dan bersumpah akan mendatangi anak-anak adam dari pelbagai sudut untuk mengajak mereka berbuat maksiat, hal-hal yang terlarang dan menyekutukan Allah S.W.T.
Nabi Adam a.s diberikan tempat oleh Allah S.W.T di syurga dan baginya diciptakan hawa yang dijadiakan dari rusuk kiri sewaktu beliau tidur untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupanya. Sejak itu iblis sedaya upaya mengoda Nabi Adam a.s dan hawa sehingga keduanya terpedaya lalu memakan pohon kayu yang dilarang oleh Allah S.W.T, kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga maka bumi inilah dijadikan tempat kediamannya dan anak cucunya sehingga kepada kita semua. Nabi Adam a.s diturunkan di tanah Hindustan dan Hawa di tanah Jeddah. Kedua-dua mereka bertemu semula di Musdzalifah. Nabi Adam a.s wafat di tanah Hindustan dan Hawa pula wafat di Jeddah.
Meskipun Nabi Adam a.s dan Hawa telah melanggar larangan Allah S.W.T tetapi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Penyanyang mengampuni mereka berdua kerana telah bertaubat kepadaNya.

CIRI-CIRI KENABIAN

Kenabian merupakan kurnian Allah S.W.T yang di anugerahkan kepada hamba yang dikehendaki-Nya yang tidak boleh diperolehi dengan kemampuan akal, tidak boleh di capai dengan usaha dan memperbanyak ketaatan, dan tidak pula diterima sebagai warisan. Akan tetapi ianya hanya boleh diterima melalui ketentuan Allah Taala. Hal ini sebagaimana firman-Nya:
“Allah memilih utusan-utusanNya dari malaikat dan dari manusia. Sesungguhnya
Allah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.”
(Al-Hajj:75)
Allah berfirman yang bermaksud:
“Dia menurunkan para malaikat dengan membawa wahyu dan perintah-Nya kepada
siapa sahaja dan yang Dia kehendaki di antara para hamba-Nya iaitu: Peringatlah olehmu sekalian, bahawasanya tidak ada Tuhan melainkan Aku maka hendaklah kamu bertaqwa kepada-Ku.”

KEISTEMAWAAN NABI DAN RASUL

SUATUhal yang sangat penting mengenai dakwah para nabi a.a. ialah bahawa
mereka itu mempunyai karakteristik dan keistimewaan tersendiri, iaitu:
Pertama: Dakwah para nabi itu merupakan tuntutan Ilahi, maksudnya melalui
wahyu dan aklif daripada Allah.

Kedua: Para nabi tidak meminta upah atas misi kerasulanya, mereka hanya
mengharapkan pahala dari Allah.

Ketiga: Memurnikan agama kerana Allah dan mengikhlaskan Ibadah kepada-
Nya.

Keempat: Sederhana dalam mengajak, tidak memberatkan atau menyukarkan.

Kelima: Jelas sasaran dan tujuan dalam dakwah para nabi.

Keenam: Bersikap zuhud terhadap dunia dan mengutamakan akhirat daripada
kehidupan dunia.

Ketujuh: Memfokuskan pada akidah tauhid dan menitikberatkan dalam hal
keimanan kepada yang ghaib.
Inilah keistimewaan terpenting dari dakwah para nabi yang mulia. Kami akan menjelaskan tiap-tiap segi dari masing-masing keistimewaan dengan penjelasan dan huraian yang memadai.

SIFAT NABI DAN RASUL

Allah SWT memilih para nabi-Nya agar supaya mereka menjadi duta antara Allah dan hamba-hamba-Nya. Allah memilih mereka di antara setiap makhluk ciptaan yang lainnya kerana mereka mendapat beban memikul amanah yang agung, iaitu amanah wahyu dan menyampaikan dakwah serta risalah kepada segenap hamba-Nya. Telah berlaku kebijaksanaan Allah yang luhur untuk menjadikan mereka sebagai manusia yang paling sempurna akhlaknya, paling utama ilmunya, paling mulia sahsiahnya dan paling agung amanahnya. Allah menjaga mereka dengan pertolonga-Nya dan melindungi mereka dpenjagaan-Nya serta mengawasi mereka.

Para nabi a.s. walaupun mereka itu manusia biasa, kerana mereka juga makan dan minum, sihat dan sakit, menikahi wanita, berjalan-jalan di pasar, ditimpa oleh belbagai segi yang dirasa pahit oleh manusia seperti lemah, tua dan mati, namun mereka berbeza dengan manusia pada umumnya kerana mereka mempunyai beberapa kekhususan dan mereka memiliki sifat-sifat yang agung dan luhur. Adanya kekhususan sifat-sifat ini bagi mereka merupakan sesuatu yang memang harus ada pada mereka. Sifat-sifat itu adalah seperti berikut:

1.Shidiq ( jujur )
2.Amanah ( dapat dipercayai )
3.Tabliqh ( menyampaikan wahyu )
4.Fatanah ( cerdas )

SIDDIQ
Sifat ini merupakan suatu kepastian bagi nabi. Sifat ini, walaupun bagi manusia biasa

juga merupakan keharusan, namun untuk bekal dakwah para nabi sifat itu menjadi sesuatu yang mutlak wajib ada, dan bahkan merupakan sifat pembawaan pada diri mereka. Maka tidaklah mungkin bagi seorang nabi, nabi mana pun juga, dari dirinya timbul sesuatu yang dapat merosak kewibawaan seperti berbohong dan berkhianat, memakan harta manusia dengan jalan yang tidak sah, dan sifat-sifat buruk lainnya.

Memandangkan sifat itu tidak wajar bagi manusia biasa, maka bagaimana halnya dengan seorang nabi yang dekat dengan Tuhan atau raul yang mulia? Seandainya boleh terjadi adanya kebohongan pada para nabi, maka pastilah itu tidak berkaitan dengan berita yang disampaikan melalui wahyu atau kemungkinan hanyalah persoalan-persoalan yang berkaitan dengan diri mereka sendiri, atau mereka menciptakannya dari konsep pemikiran

mereka kemudian mereka menyandarkannya kepada Allah secara bohong, namun rasanya
hal itu tidak mungkin terjadi pada mereka.

Oleh kerana itulah kita mendapati Al-Quranul Karim menghukumnya dengan ketentuan yang pasti terdadap setiap yang mencuba mengada-ada dengan atas nama Allah, atau lisannya berbuat dusta. Allah berfirman tentang diri Nabi Muhammad SAW yang bermaksud:
“Seandainya dia (Muhammad ) mengada-adakan sebagai perkataan atas (nama)

Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kananya. Kemudian benar0benar Kami potong urat tali jantungnya. Maka sekali-kali tidak ada seorang pun dari kamu yang dapat menghalang ( Kami ) dari pemotongan urat nadi itu. Dan sesunguhnya Al-Quran itu benar-benar suatu pengajaran bagi orang-orang yang
bertakwa”.
(Al-Haqqah: 44-48)

Ayat ini merupaka ancaman yang menakutkan bagi orang yang membuat dusta nama Allah dalam urusan akidah. Ini adalah suatu ketentuan yang tidak ada ampun (belas kasih) di dalamnya. Ketentuan ini lahir untuk menetapkan kemungkinan yang satu tanpa adanya kejujuran Rasulullah SAW bersarta manusia.

AMANAH

Maksudnya iaitu bahawa seorang nabi adalah orang yang diberi kepercayaan terhadap wahyu, menyampaikan perintah-perintah Allah dan larangan-larangan-Nya kepada hamba-hamba-Nya dengan tanpa melebihi atau menguranginya, tanpa mengubah atau menantinya. Hal ini sesuai dengan firman Allah Tala yang bermaksud:
“(iaitu) orang –orang yang menyampaikan risalah-risalah Allah, mereka takut
kepada-Nya dan mereka tiada merasa takut kepada seorang pun selain kepada
Allah. Dan cukuplah Allah sebagai pembuat perhitungan”.
(Al-Ahzaab: 39)

Jadi semua nabi itu diberi kepercayaan keatas wahyu, mereka menyampaikan urusan-urusan Allah sebagaimana adanya, tidak mungkin bagi mereka untuk membuat khianat atau mereka merahsiakan atas apa yang diperintahkan oleh Allah, kerana khianat itu bertentangan dengan amanah.
Para nabi yang mulia semuanya telah menunaikan amanah dengan cara yang paling
sempurna. Seandainya para nabi itu tidak mempunyai sifat amanah pastilah akan berubah

dan berganti risalahnya dan manusia pasti tidak menjadi tenang terhadap wahyu yang diturunkan. Dalam kaitan ini, Sayyidah „Aisyah r.a. berkata:” seandainya Muhammad itu menyimpan sesuatu yang diturunkan Allah padanya pastilah ia menyembunyikan ayat berikut ini ( maksudnya ):
“Dan kamu menyembunyikan di dalam hatimu apa yang Allah akan
menyatakan, dan kamu takut kepada manusia, sedang Allahlah yang berhak untuk kamu
takuti….”
(Al-Ahzaab: 37)

Masing-masing nabi dan rasul tentu memiliki sifat amanah yang sempurna, supayajiwa menjadi tenang menuju keselamatan wahyu. Segala yang dibawa nabi sesunguhnya semata-mata dari sisi Allah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

TABLIGH
Sifat ini merupakan kekhususan terhadap para rasul yang mulia, yang bermaksud dengannya adalah bahawa rasul itu menyampaikan hukum-hukum Allah serta menyampaikan wahyu yang diturunkan kepada manusia dari langit. Mereka tidak menyembunyikan sedikit pun dari apa yang diwahyukan oleh Allah kepada mereka, walaupun seandainya di dalam penyampaian risalah bagi manusia itu akan menimbulkan suatu penganiayaan yang besar atau kejahatan yang mestinya hanya layak ditimpakan kepada orang-orang yang berbuat kejahatan dan kerosakan.

Demikianlah kita dapat mengetahui bahawa semua para rasul itu mengistiharkan dengan terus terang bahawasanya mereka itu bersungguh-sungguh menyampaikan risalah Allah dan menasihati umat, sampai kepada rasul yang terakhir iaitu Nabi Muhammad SAW, yang mana Allah memerintahkan untuk menyampaikan risalah.

Allah mengutus para Rasul agar dapat memberi peringatan kepada sekalian alam. Allah mengutusnya pada suatu masa kekosongan para rasul agar beliau mematahkan alasan-alasan ahki kitab iaitu orang-orang Yahudi dan Nasrani agar mereka tidak
mengatakan: “Tidak pernah datang kepada kami seorang pemberi khabar gembira dan
pemberi peringatan”.
Rasulullah SAW telah menyampaikan ajaran Tuhanya, dan ketika turun
kepadanya firman Allah yang bermaksud:

“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintah
(kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang yang musyrik”.
(Al-Hijr: 94)

FATANAH
Fatanah adalah kecerdasan dan kecerdikan. Seorang nabi tidaklah diutus kecuali ia mempunyai keagungan dan kecerdikan yang luar biasa, sempurna kecerdasannya dan daya fikiranya. Perhatikanlah firman Allah Taala yang melukiskan tentang Nabi Ibrahim a.s. perhatikanlah sikap Nabi Ibrahim di dalam diskusinya dengan kaumnya yang musyirik, nescaya anda akan mendapatkan di dalamnya tanda-tanda kecerdikan dan kecerdasan pada diri Nabi Ibrahim a.s. menerusi dialog berikut yang bermaksud:
“Maka Ibrahim membuat berhala-berhala itu hancur terpotong-potong kecuali yang
terbesar ( induk ) dari patung-patung yang lain, agar mereka kembali ( untuk
bertanya ) kepadamya. Mereka berkta: “siapakah yang melakukan perbuatan tuhan-
tuhan kami? Sesungguhnya dia termasuk orng-orang yang zalim”. Mereka berkata: “
( kalau demikian ) bawalah dia dengan cara yang dapat dilihat orang ramai, agar
mereka menyaksikan”.

Mereka bertanya: “Apakah kamu yang melakukan perbuatan ini terhadap tuhan- tuhan kami, wahai Ibrahim?” Ibrahim menjawab: “Sebenarnya patung yang besar itu yang melakukannya, maka tanyakanlah kepada berhala itu, jika mereka dapat berbicara”.
Maka mereka telah kembali kepada kesedaran mereka dan lalu berkata:
“Sesungguhnya kami sekalian adalah orang-orang yang menganiaya (diri sendiri)”.
Kemudian kepala mereka tertunduk (lalu berkata):
“Sesungguhnya kamu ( wahai Ibrahim ) telah mengetahui bahawa berhala-berhala
itu tidak dapat berbicara”. Ibrahim berkata: “Maka mengapakah kamu menyembah
selain Allah sesuatu yang tidak dapat memberi manfaat sedikitpun dan tidak ( pula )
memberi mudharat kepada kamu?” Ah ( celakalah ) kamu dan apa yang kamu
sembah selain Allah. Maka apakah kamu tidak memahami?”
(Al-Anbiya’: 58-67)

JENIS MUKJIZAT

Mukjizat yang diturunkan Allah Taala kepada para utusan-utusan-Nya itu berbagai
bentuknya, antara lain:
1. Mukjizat Kauniyah, yakini mukjizat yang merupakan keajaiban seperti terpancarnya air mata dari celah-celah batu yang dipukul oleh Nabi Musa dengan tongkatnya ketika kaumnya kehausan; awan yang memayungi Bani Israil didaerah At-Taih dan
terbelahnya air laut yang dilalui Nabi Musa untuk melarikan diri dari kerajaan fir‟aun,
yang kemudiannya tertutup semula ari laut itu selepas baginda menyeberanginya.
2. Akhbarun Haibiyah (khabar gembira ), yakin mukjizat Nabi berupa pengetahuan tentang perkara-perkara yang belum pernah ia lihat, seperti khabar yang disampaikan Isa kepada kaumnya, ia dapat menceritakan apa yang dimakan dan apa yang disimpan di rumah kaumnya.
3. Mukhalifun Lil Qawaninit-Thabi‟iyyah, yakini mukjizat Nabi berupa sesuatu yang bertentangan dengan hukum alam, seperti yang dilakukan oleh orang-orang kafir untuk membakar Nabi Ibrahim yang tiba-tiba merasa kesejukan ditengah-tengah api yang bergejolak.
4. Mukjizat yang berupa keanehan-keanehan, sesuai dengan keperluan adanya mukjizat. Allah SWT memberikan mukjizat kepada para Rasul-Nya sesuai dengan keperluannya yang dihadapi umatnya untuk membuktikan kebenaran kerasulannya kepada mereka.

PARA RASUL MAKSUM

Di samping keempat-empat sifat itu, mereka juga mempunyai sifat lain, iaitu:
Terbebas dari sebarang aib yang merosakkan nama baik, „Ishmah ( terpelihara ) ataupun
disebut juga „maksum.‟
Salah satu keistimewaan para Nabi dan Rasul adalah bahawa mereka sebagai manusia yang paling sempurna kejadian dan akhlaknya, paling tinggi ilmunya, paling mulia keturunannya, paling benar perkataannya, paling dapat dipercayai, dan mereka terhindar dari sebarang samada secara fizikal mahupun rohani.
Para Nabi sentiasa mendapat pengawasan, pertolongan dan petunjuk daripada Allah
SWT. Oleh itu mereka terhindar dari sebarang perbuatan dosa. Ertinya, mereka tergolong “
maksum “, tidak melakukan
kesalahan dengan sengaja apalagi perbuatan dosa.
Sebagaimana firman Allah:
“Tidak mungkin seseorang Nabi berkhianat.”
( Ali Imran: 161 )

WAJIB BERIMAN KEPADA NABI DAN RASUL

Islam menjadikan iman kepada para Nabi dan Rasul sebagai salah satu rukun
akidah (rukun iman) sebagaimana firman Allah:
“Katakanlah (hai orang-orang mukmin ), kami beriman kepada Allah dan apa saja
yang diturunkan kepada Ibrahim, Ismail, Ishak, Ya’kub, dan anak cucunya, dan apa

saja yang diberikan kepada Musa dan Isa serta apa yang diberikan kepada Nabi- Nabi dari Tuhanya. Kami tidak membezakan seorang pun di antara mereka dan hanya kepada-Nya kami menyerah diri.”

Di antara para Rasul itu ada yang disebut dengn “Ulul „Azmi”, ertinya Rasul yang paling banyak menghadapi cabaran yang berat dan berjuang dengan pengorbanan dan kesabaran yang tinggi. Rasul-rasul itu adalah Nabi Nuh a.s, Nabi Ibrahim a.s, Nabi Musa
a.s, Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad S.A.W

PENGERTIAN NABI DAN RASUL

Para nabi merupakan orang yang diberi wahyu (ajaran Islam yang mengandungi peraturan tertentu) oleh Allah S.W.T sebagai panduan hidup dirinya sendiri manakala Rasul pula adalah nabi yang diperintahkan oleh Allah S.W.T untuk menyampaikan wahyu tersebut kepada manusia sejagat pada zamannya.
Rasul dan nabi terakhir ialah Nabi Muhammad S.A.W yang ditugaskan untuk menyampaikan Islam dan peraturan yang khusus kepada manusia di zaman baginda sehingga hari kiamat. Selepas kewafatan baginda, tugasnya itu disambung oleh orang Islam yang menjadi pengikutnya. Sebagai seorang Islam,kita perlu patuh kepada Iman Rukun Iman yang kedua iaitu percaya kepada para nabi dan para rasul.
Tidak diketahui berapakah jumlah para nabi yang sebenar tetapi adalah dianggarkan mereka berjumlah lebih kurang 100,000 orang dan manakala para rasul pula dianggarkan berjumlah 300 orang. Walau bagaimanapun jumlah ini tidak dapat dipastikan.
Jumlah para Nabi dan Rasul sangat banyak. Namun yang harus diimani hanya 25 Rasul
sebagaimana yang dijelaskan di dalam Al-Quran. Mereka adalah
01. Nabi Adam a.s.
02. Nabi Idris a.s.
03. Nabi Nuh a.s.
04. Nabi Hud a.s.
05. Nabi Salih a.s.
06. Nabi Ibrahim a.s.
07. Nabi Luth a.s.
08. Nabi Ismail a.s.
09. Nabi Ishaq a.s.
10. Nabi Ya'akub a.s.
11. Nabi Yusuf a.s.
12. Nabi Ayub a.s.
13. Nabi Syu'aib a.s.
14. Nabi Musa a.s.
15. Nabi Harun a.s.
16. Nabi Zulkifli a.s.
17. Nabi Daud a.s.
18. Nabi Sulaiman a.s.
19. Nabi Ilyas a.s.
20. Nabi Ilyasa’ a.s.
21. Nabi Yunus a.s.
22. Nabi Zakaria a.s.
23. Nabi Yahya a.s
24. Nabi Isa a.s.
25. Nabi Muhammad s.a.w

INFORMASI RASUL TENTANG KEISTIMEWAAN ORANG BERIMAN

1. Tidak ada orang yang lebih mulia di sisi Allah dari seorang mukmin. (HR. Ath-Thabrani)


2. Umatku (umat Muhammad) ibarat air hujan, tidak diketahui mana yang lebih baik awalnya atau akhirnya. (Mashabih Assunnah)


3. Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah ada orang yang apabila memohonkan sesuatu maka Allah akan menerimanya (mengabulkannya). (HR. Bukhari dan Muslim)


4. Waspadalah terhadap firasat seorang mukmin. Sesungguhnya dia melihat dengan nur Allah." (HR. Tirmidzi dan Ath-Thabrani)



5. Sebaik-baik umatku adalah apabila pergi (musafir) dia berbuka puasa dan shalat Qashar, dan jika berbuat kebaikan merasa gembira, tetapi apabila melakukan keburukan dia beristighfar. Dan seburuk-buruk umatku adalah yang dilahirkan dalam kenikmatan dan dibesarkan dengannya, makanannya sebaik-baik makanan, dia mengenakan pakaian mewah-mewah dan bila berkata tidak benar (tidak jujur). (HR. Ath-Thabrani)


6. Barangsiapa menyenangi amalan kebaikannya dan menyedihkan (bersedih dengan) keburukannya maka dia adalah seorang mukmin. (HR. Al Hakim)


7. Akan ada suatu umat dari umatku yang masih tetap melaksanakan perintah Allah, maka tidak akan membahayakan mereka orang-orang yang mengecewakan dan menentangnya dan sampai tiba ketentuan Allah mereka tetap dalam penderitaan tersebut. (HR. Al Hakim)


8. Orang yang shaleh selalu mendapat tekanan-tekanan. (HR. Al Hakim)



9. Allah Azza wajalla mewajibkan tujuh hak kepada seorang mukmin terhadap mukmin lainnya, yaitu: (1) melihat saudara seimannya dengan rasa hormat dalam pandangan matanya; (2) mencintainya di dalam hatinya; (3) menyantuninya dengan hartanya; (4) tidak menggunjingnya atau mendengar penggunjingan terhadap kawannya; (5) menjenguknya bila sakit; (6) melayat jenazahnya; (7) dan tidak menyebut kecuali kebaikannya sesudah ia wafat. (HR. Ibnu Baabawih)


10. Sebaik-baik kamu ialah yang diharapkan kebaikannya dan aman dari kejahatannya, dan seburuk-buruk kamu ialah yang tidak diharapkan kebaikannya dan tidak aman dari kejahatannya. (HR. Tirmidzi dan Abu Ya'la)


11. Mencaci-maki seorang mukmin adalah suatu kejahatan, dan memeranginya adalah suatu kekufuran. (HR. Muslim)



12. Aku mengagumi seorang mukmin. Bila memperoleh kebaikan dia memuji Allah dan bersyukur. Bila ditimpa musibah dia memuji Allah dan bersabar. Seorang mukmin diberi pahala dalam segala hal walaupun dalam sesuap makanan yang diangkatnya ke mulut isterinya. (HR. Ahmad dan Abu Dawud)


13. Seorang mukmin yang kuat lebih baik dan lebih disukai Allah daripada seorang mukmin yang lemah dalam segala kebaikan. Peliharalah apa-apa yang menguntungkan kamu dan mohonlah pertolongan Allah, dan jangan lemah semangat (patah hati). Jika ditimpa suatu musibah janganlah berkata, "Oh andaikata aku tadinya melakukan itu tentu berakibat begini dan begitu", tetapi katakanlah, "Ini takdir Allah dan apa yang dikehendaki Allah pasti dikerjakan-Nya." Ketahuilah, sesungguhnya ucapan: "andaikata" dan "jikalau" membuka peluang bagi (masuknya) karya (kerjaan) setan." (HR. Muslim)


14. Seorang muslim ialah yang menyelamatkan kaum muslimin (lainnya) dari (kejahatan) lidah dan tangannya. Seorang mukmin ialah yang dipercaya oleh kaum beriman terhadap jiwa dan harta mereka, dan seorang muhajir ialah yang berhijrah meninggalkan dan menjauhi keburukan (kejahatan). (HR. Ahmad)


15. Seorang mukmin tidak akan digigit dua kali dari lobang yang satu (sama). (Mutafaq'alaih)


16. Tidak halal bagi seorang muslim menakut-nakuti saudaranya yang muslim. (HR. Abu Dawud)


17. Seorang mukmin bukanlah pengumpat dan yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor. (HR. Bukhari)

RUKUN IMAN

Rukun Iman ada enam (6) perkara :
(1) Beriman kepada ALLAH SWT
(2) Beriman kepada Malaikat-malaikat
(3) Beriman kepada Kitab-kitab
(4) Beriman kepada Rasul-rasul
(5) Beriman kepada Hari Kiamat
(6) Beriman kepada Qada dan Qadar

Thursday, January 6, 2011

TANDA ORANG BERIMAN

"Sesungguhnya orang-orang yang beriman ialah mereka yang bila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan ayat-ayatNya bertambahlah iman mereka (kerananya), dan hanya kepada Tuhanlah mereka bertawakkal.(iaitu) orang-orang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki yang Kami berikan kepada mereka.Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenar-benarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhannya dan ampunan serta rezeki (nikmat) yang mulia."(QS.Al Anfal 2-4)
Dari Ayat tersebut telah jelas lah bahawa beberapa tanda-tanda orang yang benar-benar beriman kepada Allah adalah:

1.      Bila disebut nama Allah gemetarlah Hatinya
2.     Apabila Dibacakan Ayat-ayat Allah bertambahlah Imannya
3.     Mereka selalu bertawakal Kepada Allah
4.     Mendirikan solat
5.     Menafkahkan (sedekah,zakat)


Itulah tanda-tanda orang yang benar-benar beriman selain tanda-tanda yang lain yang Allah Gambarkan dalam surah Al fatihah dan surah-surah yang lainnya.
Renungan buat kita adalah sudahkah, pernahkah, kita ini bergetar atau atau bahkan menangis ketika disebut ayat-ayat Al Quran? atau justeru kita tertawa terbahak-bahak padahal Al Quran menceritakan betapa pedihnya Azab Allah itu? semua jawapannya kembali kepada diri kita masing-masing, mari kita muhasabah diri kita sebelum tibanya hari kiamat.



Monday, January 3, 2011

BERIMAN KEPADA KITAB

Beriman kepada kitab-kitab Allah adalah termasuk salah satu rukun iman, sebagaimana firman Allah azza wa jalla yang ertinya:

“Wahai orang-orang yang beriman, tetaplah beriman kepada Allah dan Rasul-Nya dan kepada kitab yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya, serta kitab yang Allah turunkan sebelumnya. Barangsiapa yang kafir kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, dan hari kemudian, maka sesungguhnya orang itu telah sesat sejauh-jauhnya.” (QS. An-Nisaa’: 136)

Dalam ayat tersebut dijelaskan bahwa Allah ta’ala memerintahkan agar kita beriman kepada-Nya, kepada Rasul-Nya s.a.w, kepada kitab-Nya yang Allah turunkan kepada Rasul-Nya yakni Al-Qur’an dan juga memerintahkan agar kita mengimani kitab-kitab yang diturunkan sebelum Al-Qur’an. Dalam hadis dari Rasulullah s.a.w bersabda:

“Hendaknya engkau beriman kepada Allah, para malaikat-Nya, kitab-kitabNya, para rasu-lNya, hari Akhir dan hendaknya engkau beriman kepada qadar (takdirNya), yang baik maupun yang buruk.” (HR. Muslim)

MALAIKAT

A. Definisi dan Pengertian Malaikat Allah SWT.
Malaikat adalah kekuatan-kekuatan yang patuh, tunduk dan taat pada perintah serta ketentuan Allah SWT. Malaikat berasal dari kata malak bahasa arab yang ertinya kekuatan. Dalam ajaran agama islam terdapat 10 malaikat yang wajib kita ketahui dari banyak malaikat yang ada di dunia dan akhirat yang tidak kita ketahui iaitu antara lain :

1.     Malaikat Jibril yang menyampaikan wahyu Allah kepada nabi dan rasul.
2.     Malaikat Mikail yang bertugas memberi rezeki pada manusia.
3.     Malaikat Israfil yang memiliki tanggung jawab meniup sangkakala .
4.     Malaikat Izrail yang bertanggungjawab mencabut nyawa.
5.     Malaikat Munkar yang bertugas menanyakan amal perbuatan manusia di alam kubur.
6.     Malaikat Nakir yang bertugas menanyakan amal perbuatan manusia di alam kubur bersama Malaikat Munkar.
7.     Malaikat Raqib yang memiliki tanggung jawab untuk mencatat segala amal baik manusia ketika hidup.
8.     Malaikat Atid  yang memiliki tanggungjawab untuk mencatat segala perbuatan buruk / jahat manusia ketika hidup.
9.     Malaikat Malik yang memiliki tugas untuk menjaga pintu neraka.
10.            Malaikat Ridwan yang bertugas untuk menjaga pintu syurga.

Sunday, January 2, 2011

SIFAT 20

Sifat Wajib
Tulisan Arab
Maksud
Wujud
ﻭﺟﻮﺩ
Ada
Qidam
ﻗﺪﻡ
Sedia
Baqa
ﺑﻘﺎﺀ
Kekal
Mukhalafatuhu lilhawadith
ﻣﺨﺎﻟﻔﺘﻪ ﻟﻠﺤﻮﺍﺩﺙ
Bersalahan Allah Ta'ala dengan segala yang baharu
Qiamuhu binafsih
ﻗﻴﺎﻣﻪ ﺑﻨﻔﺴﻪ
Berdiri-Nya dengan sendiri
Wahdaniat
ﻭﺣﺪﺍﻧﻴﺔ
Esa Allah Ta'ala pada dzat,pada sifat dan pada perbuatan
Qudrat
ﻗﺪﺭﺓ
Berkuasa
Iradat
ﺇﺭﺍﺩﺓ
Berkehendak menentukan
Ilmu
ﻋﻠﻢ
Mengetahui
Hayat
ﺣﻴﺎﺓ
Hidup
Sama'
ﺳﻤﻊ
Mendengar
Basar
ﺑﺼﺮ
Melihat
Kalam
ﻛﻼ ﻡ
Berkata-kata
Kaunuhu qaadiran
ﻛﻮﻧﻪ ﻗﺎﺩﺭﺍ
Keadaan-Nya yang berkuasa
Kaunuhu muriidan
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺮﻳﺪﺍ
Keadaan-Nya yang berkehendak menentukan
Kaunuhu 'aliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻋﺎﻟﻤﺎ
Keadaan-Nya yang mengetahui
Kaunuhu hayyan
ﻛﻮﻧﻪ ﺣﻴﺎ
Keadaan-Nya yang hidup
Kaunuhu sami'an
ﻛﻮﻧﻪ ﺳﻤﻴﻌﺎ
Keadaan-Nya yang mendengar
Kaunuhu basiiran
ﻛﻮﻧﻪ ﺑﺼﻴﺭﺍ
Keadaan-Nya yang melihat
Kaunuhu mutakalliman
ﻛﻮﻧﻪ ﻣﺘﻜﻠﻤﺎ
Keadaan-Nya yang berkata-kata