Sunday, January 9, 2011

KISAH HIDUP 25 NABI DAN RASUL

NABI ADAM A.S

Nabi Adam a.s. merupakan junjungan pertama pilihan Allah S.W.T. Selaku manusia pertama dan juga merupakan keturunan pertama daripada golongan sekelian manusia. Nabi Adam a.s dijadikan Allah S.W.T dari tanah sebagaimana firmanNya di dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Dan sesungguhnya Kami telah menjadikan manusia dari tanah yang kering ,
dari tanah yang hitam yang busuk”
(Al-Hijir : 26)

Setelah disempurnakan bentuk Nabi Adam a.s, Allah S.W.T meniupkan roh ke dalamnya dan berdirilah ia seperti manusia yang sempurna. Lantas Allah S.W.T memerintahkan para malaikat sujud kepada Nabi Adam a.s lalu mereka sujud kecuali iblis kerana iblis menggangap dia lebih mulia dan lebih unggul dari Nabi Adam a.s kerana kejadian iblis dari api dan Nabi Adam a.s diciptakan dari tanah. Akibat kesombongan dan keengganan iblis itu maka Allah S.W.T mengusirnya daripada syurga dan dikeluarkan daripada barisan malaikat dengan disertai dengan kutukan dan laknat serta balasan neraka bagi iblis . iblis dengan bongkaknya menerima baik ganjaran Allah S.W.T itu dan memohon agar diberikan kesempatan untuk hidup sehingga hari khiamat dan bersumpah akan mendatangi anak-anak adam dari pelbagai sudut untuk mengajak mereka berbuat maksiat, hal-hal yang terlarang dan menyekutukan Allah S.W.T.
Nabi Adam a.s diberikan tempat oleh Allah S.W.T di syurga dan baginya diciptakan hawa yang dijadiakan dari rusuk kiri sewaktu beliau tidur untuk mendampinginya dan menjadi teman hidupanya. Sejak itu iblis sedaya upaya mengoda Nabi Adam a.s dan hawa sehingga keduanya terpedaya lalu memakan pohon kayu yang dilarang oleh Allah S.W.T, kemudian keduanya dikeluarkan dari syurga maka bumi inilah dijadikan tempat kediamannya dan anak cucunya sehingga kepada kita semua. Nabi Adam a.s diturunkan di tanah Hindustan dan Hawa di tanah Jeddah. Kedua-dua mereka bertemu semula di Musdzalifah. Nabi Adam a.s wafat di tanah Hindustan dan Hawa pula wafat di Jeddah.
Meskipun Nabi Adam a.s dan Hawa telah melanggar larangan Allah S.W.T tetapi Allah S.W.T Yang Maha Pengasih dan Penyanyang mengampuni mereka berdua kerana telah bertaubat kepadaNya.

No comments:

Post a Comment